Adakah anda pernah terfikir untuk menjadi jutawan? Kemudian pada saat itu juga anda terus tersenyum sinis sendiri meragui kemampuan anda untuk menjadi seorang jutawan. Malah anda juga mempertikaikan kelayakkan anda untuk menjadi seorang jutawan. Bila sebut saja jutawan, wujud keraguan dalam diri anda seolah-olah ia suatu yang mustahil terjadi pada diri anda. Mengapa? Jawapannya mudah..Fikiran anda sebenarnya yang "menjadikan" siapa diri anda hari ini. Kerana kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan boleh, maka kita akan nampak seribu satu jalan untuk mencapai apa saja yang kita mahu, baik atau buruk. Begitu juga sebaliknya, tiada siapa pun yang boleh menjadikan kita untuk berkata "boleh" jika kita sudah menetapkan bahawa ianya tidak boleh dilakukan..
Mengapa pula keraguan ini wujud? ini kerana seperti dalam artikel saya sebelum ini, saya pernah mengatakan tentang rangsangan luaran yang memberi kesan kepada fikiran bawah sedar kita. Rangsangan seperti sentuh, bau, rasa, lihat dan dengar. Kita mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling kita. Bagaimana tidak? Jika sejak kecil kita telah diberitahu oleh orang sekeliling kita contohnya ibu bapa kita yang mengatakan, "hidup ini susah" , "duit tidak tumbuh daripada pokok" dan pelbagai lagi. penyataan itu membuatkan kita, secara tidak sedar, menerima itu sebagai sebahagian daripada lumrah hidup. Seterusnya wujud satu kepercayaan dalam diri bahawa apa yang dikatakan itu adalah benar.
"hidup ini susah"...
Dalam diri kita mengakuinya.... Maka setiap detik dalam hidup kita sejak daripada kecil, sehingga sekarang kita sering berdepan dengan kesukaran. Setiap perkara yang kita lakukan tiada yang berjaya. Sehingga kita lebih percaya untuk gagal daripada untuk berjaya... Maka anda tidak perlu salahkan takdir atas kegagalan anda. Kerana, suka atau tidak, percaya atau tidak, Mahu atau tidak mahu, sebenarnya kegagalan kita selama ini adalah direka cipta oleh diri kita sendiri.. Kita yang sebenarnya telah mensabotaj diri kita sendiri untuk gagal. Kegagalan itu berpunca daripada diri kita sendiri, atau pun boleh saya katakan yang diri kita adalah musuh kepada kita sendiri.,
Akan tetapi anda pasti menafikan apa yang saya tulis diatas tadi kerana anda yakin kemiskinan, atau kesukaran hidup bukan sesuatu yang anda minta selama ini. Malangnya apa yang saya katakan tadi hanya berlaku dalam minda bawah sedar anda. Dalam keadaan sedar, anda pastinya tidak perasan yang minda bawah sedar anda mensabotaj anda tanpa anda sedari.
Contoh yang mudah boleh saya bagi disini adalah, kita biasa akan membuat reaksi seperti berikut apabila kita lihat seorang yang memiliki kereta mewah:
"ala boleh la, dia tu mesti anak orang kaya, boleh la dia pakai kereta mewah macam itu"
Dalam pernyataan ini kita seolah-olah telah menetapkan bahawa, hanya anak orang kaya saja yang mampu memiliki kereta mewah itu, selain daripada itu, ianya adalah mustahil (mungkin kita tidak bermaksud sedemikian tetapi ia berlaku dalam keadaan anda tidak sedar). Kemudian rangsangan itu kita bawa kedalam pemikiran bawah sedar kita, dan fikiran bawah sedar menyimpan penyataan itu sebagai suatu kepercayaan.
Dan kepercayaan itulah yang anda terapkan setiap hari dalam hidup anda bahawa untuk menjadi kaya adalah mustahil. Dan apabila kepercayaan ini berakar umbi dalam hati anda, maka tiada siapa pun dapat mengubahnya dan anda teruskan hidup dalam keadaan sukar...Ditamabah lagi dengan kesukaran hidup yang anda alami akibat kepercayaan tadi... Kesukaran hidup atau kemiskinan itu seolah-olah menjadi 'bahan bakar' untuk menyemarakkan lagi 'api kepercayaan' itu tadi.. dan perkara ini terus berulang-ulang sehingga anda menjadi manusia yang pentingkan diri. Kedekut, tamak, dan segala sifat negetif akan menular dalam diri anda..
Ianya saling berkait antara satu dengan yang lain. Dan anda pastinya akan mengatakan
"ala itukan reaksi biasa kebanyaakkan orang kalau nampak bende macam tu"
Ia anda sememangnya benar, oleh yang demikian kita perlu membuat perubahan dalam diri kita. Ini kerana tiada orang boleh mengubah nasib kita, kalau bukan kita sendiri yang ubah. kemudia anda berkata sekali lagi...
"saya sudah cuba ubah, tetapi mengapa saya masih di tahap yang lama lagi?"
Mungkin perkara yang anda ubah itu bukanlah perkara yang asas. Kita seharusnya memberi tumpuan kepada asas kepada perubahan yang akan kita lakukan, Iaitu Sistem kepercayaan. (Believe system) Perkara pertama sekali yang perlu kita ubah adalah sistem kepercayaan ktia. Dan kita perlu ubah ini pada peringkat fikiran bawah sedar. Ini dapat dilakukan dengan menerapkan apa yang kita percaya itu secara berulang-ulang. Bukan sepuluh kali, atau seratus kali sehari.. malah anda perlu melakukannya seribu kali sehari.
Ubah ini dengan latihan yang dilakukan secara berulang-ulang setiap hari.. Insyaallah apa yang anda ulang itu akan diterap ke dalam sistem kepercayaan anda.
Namun ia tidak berhenti disini... Pada tahap ini sebenarnya akan menjurus kepada soalan seterusnya iaitu, kepercayaan apa yang anda ingin terapkan? untuk menjawab ini, anda perlu menjawab dahulu soalan utama ini dalam diri anda... "apa yang anda betul-betul mahukan?"
"Apa sebenarnya yang saya mahukan?"
Mudah bukan soalan ini? tp benarkah ianya mudah untuk dijawab? Pertama kali saya menerima soalan seperti ini, saya sendiri kehilangan kata-kata apabila mahu menerangkan apa yang saya mahukan... Saya tergamam... Tiada gambaran yang jelas difikiran saya tentang apa yang saya mahukan... Pada mulanya saya seolah-olah begitu yakin dan tahu tentang apa yang saya mahukan sehinggalah apabila salah seorang daripada Tok Guru saya iaitu Dr Azizan Othman (anda boleh menemui beliau di laman web berikut http://marketingpower.com.my) Beliau menyuruh saya untuk menyenarikan seratus satu impian saya...
Dia suruh saya buat itu pada tahun lepas 2011 bulan Julai, akan tetapi tuan-tuan dan puan-puan, sehingga hari ini saya baru berjaya menulis 80 impian sahaja... Saya masih lagi mencari apakah yang saya betul-betul mahukan dalam hidup ini..
Sebenarnya ini adalah langkah pertama dalam proses mencapai kejayaan.
Maka mudah cerita, anda perlu bertanya semula pada diri anda... "apa yang saya mahukan?" Setiap kali soalan ini dilontarkan, apa yang anda perlu buat adalah anda perlu ingat setiap gambaran yang tergambar difikiran anda. Kemudian anda perlu tuliskan apa gambaran itu.. dan buat sedikit analisa, cuba perhatikan berapa banyak gambaran yang baik dan berapa pula gambaran yang buruk terbayang di minda anda?
Sekiranya buruk lebih banyak daripada yang baik, Maka anda sebenarnya masih terlalu hampir dengan kegagalan..
Maka apa yang saya mahu terapkan disini adalah pemikiran yang positif... kita sememangnya tidak boleh membuang gambaran negetif itu, tetapi kita perlu menggantikannya dengan gambaran positif...
Saya beri contoh yang mudah.. jika anda mengatakan yang menjadi jutawan itu suatu yang mustahil, fikir kembali...
Anda beri tahu pada saya bila anda mahu jadi jutawan.. kita katalah lagi 5 tahun anda mahu menjadi jutawan... Cuba kita buat kira-kira sedikit.. Dalam 5 tahun ada 60 bulan .. cuba kita bahagikan RM1 juta dengan 60 bulan.. maka kita akan dapat RM16 667 sebulan. Setuju?
Dan kita bahagi dengan 30 hari sebulan, maka sehari kita dapat RM555 betul?
nah bagaimana? RM555 sehari? anda masih ragu untuk mendapatkan jumlah itu sehari? Ok kita bahagi lagi.
Untuk memudahkan lagi cita-cita kita ini, kita cuba dapatkan RM555 daripada 10 sumber, Maka satu sumber hanya perlu menyumbang RM55 sehari...bersih... dan kita simpan duit ini setiap hari... secara istiqamah.. selama 60 bulan.. maka ianya bukanlah suatu yang mustahil...
Apa yang saya tulis ini adalah sebagi contoh bahawa ianya bukanlah suatu yang mustahil, Namun jika anda masih sinis dan mungkin mengatakan "ala mamat nie tulis je bole la... dia pun tak jadi jutawan lagi.."
Maka pemikiran negetif masih lagi berakar umbi dalam diri anda.. dan maaf cakap.. anda sebenarnya insan yang sukar untuk berjaya kerana anda sememangnya suka pada kegagalan, tanpa anda sedari...
Fikirkan tuan-tuan dan puan.. Ianya bukan suatu yang mustahil... Penghalang antara kita dan kejayaan bukan suatu tembok yang besar yang tidak mampu anda pecahkan.. Penghalang pada kejayaan anda adalah diri anda sendiri... Jadikan diri anda sebagai "orang kuat" anda untuk mencapai kejayaan dan bukan musuh dalam selimut yang menikam anda daripada belakang... suara-suara negetif dalam diri anda adalah musuh anda.. Tok Guru Dr. Azizan kata itulah "biawak" dalam diri yang berlidah cabang sentiasa menjadi pelemah semangat kita untuk berjaya..
Hindarkan diri anda daripada "biawak" itu dengan cara menerapkan kata-kata positif supaya ia terserap di dalam sistem kepercayaan anda.. Insyaallah dengan kepercayaan itu akan mengubah tabiat anda.. tingkah laku anda, dan juga akan mengubah poket anda, jumlah baki dalam akaun bank anda ... Tetapkan pendirian.. teruskan perjuangan...
Salam sejahtera daripada saya... Jumpa lagi...